Minggu yang BZ....
Salam semua...
Emmmm...sampai dah nak bersawang dah blog aku ni.
Minggu ni memang minggu yang teramat bz.. tak cukup masa rasanya. Minggu yang amat meletihkan. Cam ni ler kalau keja dah menimbun kat meja ni...sampaikan aku pun orang tak nampak. Sib baik tak tenggelam dek kain2 yang nak approved dan order baru yang nak masuk. Penat memang penat. Balik pun sekarang ni agak lewat. Masa melayan Amirul pun terhad jadinya. Kesian anak aku yang sorang tu... ibunya terpaksa balik malam, tak beoleh nak main2 lama2 ngan dia.Paling cepat aku balik pun kul 7.30. Nak buat camne..dah nama pun keja. Tapi betul ler..sebagai seorang ibu dan seorang isteri ni, kejanya tak pernahnya habis. Dekat office dah tentu lah buat keja office. Balik sambung pulak buat keja rumah. Mana nak mengemas, mana nak membasuh, mana nak memasak, mana nak melayan budak bulat tu.. tu belum kira nak melayan ayah sibulat pulak..heh..heh..heh..tu kira dah lain citer erk..
tapi itulah tanggungjawab.
Ok lah ari ni nak kongsi satu artikel yang aku dapat dari email, mari sama2 kita renungkan dan kalau boleh kita amalkan...

Berikut beberapa tips untuk mempertahankan kehangatan cinta:
1. Menempatkan cinta kepada Allah di atas segala cinta terhadap apapun. Dan sentiasa meningkatkan cinta itu, kerana ALLAHlah yang Maha menganugerahkan cinta kepada orang-orang yang mencintaiNya (Al-Maidah, Ayat 54). Maka ajaklah pasangan (dan seluruh anggota keluarga) untuk semakin mendekatkan diri padaNya, misalnya dengan membaca doa Al-Mathurat bersama setelah qiyamullail.
2. Sentiasa berdoa kepada Allah agar ditetapkan dalam keimanan, yang kerananya rahmat, kasih sayang dan kedamaian tetap tercurahkan.
3. Ciptakan komunikasi yang selaras, berkesinambungan, mesra dengan menggunakan teknik-teknik komunikasi yang baik seperti berkata jujur, lemah lembut, sopan dan juga tidak melupakan aspek ketegasan sikap. Komunikasi yang sedemikian sudah tentu menutup rapat riak kecurigaan dan saling tidak percaya antara satu sama lain.
4. Jadikan kamar tempat di mana segala luahan hati tertumpah namun tetap dalam suasana kehangatan dan kemesraan. Semoga dalam keadaan apa pun, semua masalah dapat diselesaikan dengan hati terbuka dan tenang, dari sekadar masalah lupa cium kening, masalah belanja sampai soal perkelahian anak-anak dengan anak jiran.
5. Gunakan waktu secara efektif dan efisien. Jangan sekali-kali menggunakan waktu keluarga (hari minggu misalnya) untuk pekerjaan atau hal-hal yang mengganggu waktu kualiti bersama keluarga kerana dengan apapun anda cuba membayarnya, kerugian yang dideritai pasangan anda tidak akan mampu terbayarkan, meskipun anda menggandakan kualiti masanya pada hari libur berikutnya.
6. Ceriakan hari-hari dengan variasi, fantasi dan warna-warni yang anda ciptakan khusus untuk pasangan anda. Letak aksesori kamar yang berubah-ubah (terutama yang ringan-ringan), atau warna pastel dan aroma kamar yang menyegarkan. Untuk aktiviti di luar rumah, biasakan secara rutin untuk berjalan pagi bersama di hari minggu atau jika ada kesempatan, luangkan waktu untuk melakukan riadah bersama-sama.
7. Ciptakan juga perkara-perkara baru yang menceriakan hari bersamanya, misalnya dengan mencuci pakaian bersama, atau membersihkan rumah dihari minggu bersama-sama. Sekali-sekala jadilah nakal. Pancutkan air kepada pasangan atau saling melempar bantal. Ia mampu meluluhkan kebekuan atau bongkah konflik yang mungkin saja berpotensi tumbuh tanpa disedari, mungkin tidak bagi anda tapi pasangan anda?
8. Jadikan setiap cubaan dan konflik yang ada sebagai sebahagian dari adat bercinta, bukankah cinta itu tak selamanya berwarna indah? Di dalamnya juga ada rasa pahit dan tawar. Hal itu akan menyedarkan kita bahawa dalam hidup ini akan selalu menampakkan warna-warni yang berbeza, samada disukai atau tidak, namun tetap harus dijalani. Ia seperti sepasang kekasih yang baru menikah, seringkali hanya menangkap sisi-sisi indah kehidupan tanpa mempedulikan dugaan dan liku-liku kehidupan yang bakal dilalui bersama.
9. Tak salah anda mengenang saat-saat indah bersama pasangan, pada bila-bila masa atau di manapun, sendiri mahupun berdua. Perkara itu akan makin membuatkan anda menghargai dan rasa bangga terhadap pasangan anda. Atau setidaknya mampu memaksa anda memaafkan kesalahan yang pernah dibuat pasangan anda.
10. Mengingat-ingat kelebihan dan keistimewaan yang ada pada pasangan dan cuba melupakan kesalahan dan keburukan yang mungkin (pernah) ada padanya. Insya Allah, indahnya cinta yang dulu bersemi pertama kali tetap akan anda rasakan hingga saat ini, ditambah pula keceriaan yang dibawa oleh cahayamata hasil perkahwinan bahagia anda berdua!
The more you give the more you get, suami isteri hidup muafakat
Kasih sayang membawa berkat, Kekal abadi ke akhir hayat
The more you give the more you get, suami isteri hidup muafakat
Kasih sayang membawa berkat, Kekal abadi ke akhir hayat
Just nak update blog....renungkan..
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama