-CuTeMiUt78-

~salam perkenalan~ ..kebahgiaan tidak akan hadir dengan sekelip mata, ianya harus dipupuk dengan perasaan kasih sayang yang tidak berbelah bagi...

Jumaat, 12 September 2008

TUKAR UMAH

HARAP MAKLUM..
KAMI DAH PINDAH KE RUMAH LAIN.
SILA LINK SINI http://cute-miut78.blogspot.com UTK KETAHUI CITER TERBARU AMIRUL


Rabu, 20 Ogos 2008

Demamnya mirul....

Salam Semua,

Malam tadi balik keja, aku dikejutkan ngan berita amirul demam. Masa aku smpi rumah jiran yg jaga dia tu..dia tgh baring minum susu.. memang nampak lesu je.. kesian betul.. Aku ni klu anak demam cepat panik. Nasib baik kat rumah ubat demam dia ada lagi. Balik je terus aku beri dia ubat demam. Baru ler dia nak main, nak makan. Aktif balik. Alhamdulilah....lega rasanya bila tgk dia kembali aktif. Tapi kul 4 pagi tadi, badannya mula panas balik. Kali ni dia siap batuk dan muntah..tapi tak byk muntah yg keluar. Aku terus bagi lagi dia makan ubat demam ngan ubat batuk dia. Dalam pada tu, dia blh nak main lagi tu...tak taunya dah pukul 4 pagi..emmm..ngantuk mata ni. Mirul ni jarang bangun malam. Dari dia kecik sampi besar senang sgt jaga dia, tak banyak ragam. Klu nak susu pun setakat merengek tapi mata still pejam.. Lagipun mirul jarang kena demam ke..selsema ke..batuk ke.. tapi klu dah kena..merengek je kejanya.. Yg bagusnya klu time dia sakit, dia cari ayahnya..bukan ibunya. So kenalah ayahnya melayan kerenah dia. Agaknya dia tau, hari2 ibunya je yg layan kerenah dia...so bila time sakit kena turn ayahnya ler plak..blh gitu..heh..heh..heh.. Apapun aku takut sgt klu anak aku sakit, sekarang ni kan tgh musim demam pe tu namanya....chinkuganya ke pe lebih kurang ler bunyinya.. takut gak. Sedangkan kita yg tua ni..demam pun rasa tak selesa, apa ntah lagi budak cam mirul tu.. nak kita tanya sakit kat mana, dia pun bukan tau jawab...yg dia tau merengek je. Alhamdulilah la..buat masa ni bila time mirul sakit, ayahnya nak gak layan dia. Takutnya ayah dia bosan je..biasala lelaki ni bukan boleh tahan sabar. Dah anak kan..nak buat camne..nak taknak kena lah layan gak.

glitter-graphics.com

Selasa, 19 Ogos 2008

Mirul nak Solat...

Salam Semua,


Nak citer pasal semalam dan semalamnya yang bebenornya ni.. Nak citer pasal dak Mirul tu lagi, kali ni...dia sibuk pulak nak solat gak. Bila tgk ayah dia solat, dia pun sibuk suruh kita bentangkan sejadah dan pakaikan dia kupiah...nak ikut solat cam ayah nya. Bila ayahnya angkat takbir, dia pun ikut..ayahnya rukuk..dia pun rukuk gak..ayahnya sujud, dia pun sujud gak..ayah nya baca tahyat akhir dia pun baca, tekumat kamit mulutnya, kononnya baca ler tu..tapi baca bahasa dia ler..ntah pe yg dibaca..comel je.Pandai betul tu.. mudah2an sampai besar la berkelakuan begitu. Insyallah.. Tengok je ler gelagatnya..


alamak nak jatuh plak kupiah mirul ni, dia terperasan ibunya nak ambil gambar dia, tersenyum simpul kononnya malu ler tu..(kaki dpn tu, kaki anak sedara)
kononnya tgh kusyuk sujud tu..selagi ayahnya tak bgn, dia pun tak bgn..
kononnya cam nak rukuk..tapi siap angkat ngan sejadahnya

alamak..kupiah mirul ni terbesar ler ibu...

Hah..kupiah ni baru ngam...comel tak sy...ni gambar semalam, masa ayahnya nak solat maghrib. Posing dulu baru solat..

Itulah..gelagat dia...ayahnya yang nak solat pun blh tergelak dulu tgk gelagat dia...Alhamdulilah dia nak ikut ayahnya bersolat, walaupun guna bahasa dia. Bijak betul anak ibu ni.. Klu nak solat berjemaah memang payah sikit klu ada sibulat ni, takut dia kacau je...tu yang kena solat bergilir2..klu time ibu dia solat, tahu plak tunggu kat tepi smpi ibunya habis solat. Lepas je beri salam terakhir, trus nak duduk atas riba, minta ibunya baca ler apa2 ayat2 surah pendek kat telinga dia..gitu ler dia.. Ibu doakan semoga anak ibu ini menjadi anak yg soleh satu hari nanti, insyallah...

Isnin, 18 Ogos 2008

Mirul.......

Salam Semua,
Hari minggu dapat main2 ngan mirul, rasa hilang semua stress. Tak ingat semua masalah yang melanda. Seronok sangat rasanya dapat melayan kerenah dia. Macam2 aksi dan gelagat yang dia buat. Terhibur betul tengok dia. Tengok je ler gelagat dia ni..


ni budak baru bangun tido dah nak main bola.. tu segala bola dia...

brooommm...broommm...broomm.. dia buat aksi macam naik moto ler plak, kaki siap boleh masuk celah palang krusi tu, sib baik blh keluar, klu tak..alamat kena potong palang tu..
aksi mat rempit...ini budak, klu naik ini keta mesti mau 'up'2.... sib baik tak jatuh nak..
itu lah gelagat budak baru bangun tido...camtu ler dia kalau ibu dia kat rumah...ngada2 dia jadinya.. emmm..takper ler nak, nak ngada2..nak manja ke.. ibu tak kisahnya. Yang pasti terhibur melihat segala gelagat dia dan rasa puas dia membesar depan mata.

Jumaat, 15 Ogos 2008

Kena tag ler plak..

Salam semua,

Eeeiii...tak sangka plak kena tag ngan si shafa ni..
emmmm...nak jawab pe erk.. aku bukan reti sangat tag ni....
apapun aku cuba jawab erk shafa..
thanks ler sebab tag kita.. heh..heh..

What were you doing 5 years ago?
- tahun 2003 erk..masa tu aku dah keja kat Ramatex ni di batu Pahat, Johor.
- still single tapi ramai pakwe..heh..heh..

What were the 5 things on your to do list today (15 Ogos 08, Friday)?
- emmmm...nak finished kan work for today
- nak settlekan semua keja yg tak siap sebelum balik ni, sebab esok tak keja
- nak balik cepat ari ni, dah berapa ari asyik balik lambat je
- nak cepat rest, dah letih ni
- nak main2 ngan dak bulat amirul

What are 5 snacks that you enjoy?
- jajan2
- kerepek2
- coklat2
- biskut2
- senang citer all snacks ler..(blh gitu)

What are 5 things that you would do if you were a billionaire?
- surely ler nak settlekan semua hutang
- nak buat rumah beso..puas hati klu adik beradik dtg ramai2
- nak bawa family gi haji
- nak round the world
- nak buat bisnes

What are 5 jobs you’ve had?
- as a clerk masa lepas spm nak tunggu panggilan mana ipt
- as a assitant designer kat CM KL, buat design emboidery
- as a telemarketer, promote hotel pe tak ingat, tahan sebulan je..
- as a assitant production kat Gurdian Pharmacy jln sultan Ismail, ala kat PUDU KL
- now as a production Excutive di kilang Ramatex Textile di Batu Pahat, Johor. (kg suami aku)

Who are 5 persons you want to tag?
sapa erk aku nak tag..klu taknak tag sapa2 blh tak..

Khamis, 14 Ogos 2008

Minggu yang BZ....

Salam semua...

Emmmm...sampai dah nak bersawang dah blog aku ni.
Minggu ni memang minggu yang teramat bz.. tak cukup masa rasanya. Minggu yang amat meletihkan. Cam ni ler kalau keja dah menimbun kat meja ni...sampaikan aku pun orang tak nampak. Sib baik tak tenggelam dek kain2 yang nak approved dan order baru yang nak masuk. Penat memang penat. Balik pun sekarang ni agak lewat. Masa melayan Amirul pun terhad jadinya. Kesian anak aku yang sorang tu... ibunya terpaksa balik malam, tak beoleh nak main2 lama2 ngan dia.Paling cepat aku balik pun kul 7.30. Nak buat camne..dah nama pun keja. Tapi betul ler..sebagai seorang ibu dan seorang isteri ni, kejanya tak pernahnya habis. Dekat office dah tentu lah buat keja office. Balik sambung pulak buat keja rumah. Mana nak mengemas, mana nak membasuh, mana nak memasak, mana nak melayan budak bulat tu.. tu belum kira nak melayan ayah sibulat pulak..heh..heh..heh..tu kira dah lain citer erk..
tapi itulah tanggungjawab.
Ok lah ari ni nak kongsi satu artikel yang aku dapat dari email, mari sama2 kita renungkan dan kalau boleh kita amalkan...
Berikut beberapa tips untuk mempertahankan kehangatan cinta:
1. Menempatkan cinta kepada Allah di atas segala cinta terhadap apapun. Dan sentiasa meningkatkan cinta itu, kerana ALLAHlah yang Maha menganugerahkan cinta kepada orang-orang yang mencintaiNya (Al-Maidah, Ayat 54). Maka ajaklah pasangan (dan seluruh anggota keluarga) untuk semakin mendekatkan diri padaNya, misalnya dengan membaca doa Al-Mathurat bersama setelah qiyamullail.
2. Sentiasa berdoa kepada Allah agar ditetapkan dalam keimanan, yang kerananya rahmat, kasih sayang dan kedamaian tetap tercurahkan.
3. Ciptakan komunikasi yang selaras, berkesinambungan, mesra dengan menggunakan teknik-teknik komunikasi yang baik seperti berkata jujur, lemah lembut, sopan dan juga tidak melupakan aspek ketegasan sikap. Komunikasi yang sedemikian sudah tentu menutup rapat riak kecurigaan dan saling tidak percaya antara satu sama lain.
4. Jadikan kamar tempat di mana segala luahan hati tertumpah namun tetap dalam suasana kehangatan dan kemesraan. Semoga dalam keadaan apa pun, semua masalah dapat diselesaikan dengan hati terbuka dan tenang, dari sekadar masalah lupa cium kening, masalah belanja sampai soal perkelahian anak-anak dengan anak jiran.
5. Gunakan waktu secara efektif dan efisien. Jangan sekali-kali menggunakan waktu keluarga (hari minggu misalnya) untuk pekerjaan atau hal-hal yang mengganggu waktu kualiti bersama keluarga kerana dengan apapun anda cuba membayarnya, kerugian yang dideritai pasangan anda tidak akan mampu terbayarkan, meskipun anda menggandakan kualiti masanya pada hari libur berikutnya.
6. Ceriakan hari-hari dengan variasi, fantasi dan warna-warni yang anda ciptakan khusus untuk pasangan anda. Letak aksesori kamar yang berubah-ubah (terutama yang ringan-ringan), atau warna pastel dan aroma kamar yang menyegarkan. Untuk aktiviti di luar rumah, biasakan secara rutin untuk berjalan pagi bersama di hari minggu atau jika ada kesempatan, luangkan waktu untuk melakukan riadah bersama-sama.
7. Ciptakan juga perkara-perkara baru yang menceriakan hari bersamanya, misalnya dengan mencuci pakaian bersama, atau membersihkan rumah dihari minggu bersama-sama. Sekali-sekala jadilah nakal. Pancutkan air kepada pasangan atau saling melempar bantal. Ia mampu meluluhkan kebekuan atau bongkah konflik yang mungkin saja berpotensi tumbuh tanpa disedari, mungkin tidak bagi anda tapi pasangan anda?
8. Jadikan setiap cubaan dan konflik yang ada sebagai sebahagian dari adat bercinta, bukankah cinta itu tak selamanya berwarna indah? Di dalamnya juga ada rasa pahit dan tawar. Hal itu akan menyedarkan kita bahawa dalam hidup ini akan selalu menampakkan warna-warni yang berbeza, samada disukai atau tidak, namun tetap harus dijalani. Ia seperti sepasang kekasih yang baru menikah, seringkali hanya menangkap sisi-sisi indah kehidupan tanpa mempedulikan dugaan dan liku-liku kehidupan yang bakal dilalui bersama.
9. Tak salah anda mengenang saat-saat indah bersama pasangan, pada bila-bila masa atau di manapun, sendiri mahupun berdua. Perkara itu akan makin membuatkan anda menghargai dan rasa bangga terhadap pasangan anda. Atau setidaknya mampu memaksa anda memaafkan kesalahan yang pernah dibuat pasangan anda.
10. Mengingat-ingat kelebihan dan keistimewaan yang ada pada pasangan dan cuba melupakan kesalahan dan keburukan yang mungkin (pernah) ada padanya. Insya Allah, indahnya cinta yang dulu bersemi pertama kali tetap akan anda rasakan hingga saat ini, ditambah pula keceriaan yang dibawa oleh cahayamata hasil perkahwinan bahagia anda berdua!
The more you give the more you get, suami isteri hidup muafakat
Kasih sayang membawa berkat, Kekal abadi ke akhir hayat
Just nak update blog....renungkan..

Khamis, 7 Ogos 2008

Pesonaliti dan binatang dedah rahsia diri

Salam Semua...

Sekarang ni order baru dah mula masuk..emmmm maka bermulalah kerja2 yang akan menimbun kat atas meja ni..bila time macam ni..nak pandang kiri kanan pun payah.. 2 hari berturut ni aku balik lambat je...kesian dak mirul tu... masa main ngan dia amat terhad.. mana taknya, kalau ibunya ni sampai rumah dah dekat pukul 8 mlm... dah penat. Nasib baik ler dia faham ibunya ni kerja...apapun bila balik tgk je muka dia tu...hilang semua rasa penat ni...
Ok la hari ni tak mau citer mirul...nak kongsikan email yang aku dpt ni, mungkin ada persamaan tapi jangan terlalu mempercayai...

Kawan2 mari kita cuba dan menilai diri kita, ada betul ke tidak ....
Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.
Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing: Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu.. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan.. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing: Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura: Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati: Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang: Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm…kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.